Firma teknologi gergasi Google dan Apple berada di bawah tekanan hebat daripada Kesatuan Eropah (EU) disebabkan peraturan digital baharu.
EU telah memberi amaran kepada Google bahawa mereka mesti mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) atau berdepan tindakan denda.
Gergasi teknologi itu dituduh memberikan kelebihan tidak adil kepada perkhidmatannya sendiri dalam hasil carian dan menyekat pembangun aplikasi daripada mengarahkan pengguna kepada tawaran yang lebih baik di luar dari gedung Playstore.
Pada masa yang sama, Apple diberitahu untuk membenarkan ‘third-party app stores’ yang membolehkan lebih banyak persaingan dan tidak hanya bergantung kepada ‘Apple Store’ sahaja.
Apple telah menentang usaha ini, dengan alasan bahawa perubahan boleh menjejaskan keselamatan pengguna.