Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee, menyatakan pembangkangn terhadap pengurangan kadar faedah 25 mata asas minggu ini kerana berpendapat Fed sepatutnya menunggu lebih banyak data mengenai inflasi dan pasaran buruh sebelum bertindak. Beliau menekankan kebimbangan yang masih tinggi dalam kalangan perniagaan dan pengguna terhadap kenaikan harga.
Goolsbee cenderung menangguhkan pengurangan kadar sehingga awal tahun hadapan bagi membolehkan penggubal dasar menilai data ekonomi terkini tanpa menambah risiko besar kepada pasaran buruh, yang menurutnya hanya perlahan secara sederhana.
Beliau merupakan salah seorang daripada tiga penggubal dasar yang tidak bersetuju dalam undian 9-3 Fed, bersama Presiden Fed Kansas City Jeffrey Schmid yang mahu kadar dikekalkan, manakala Gabenor Fed Stephen Miran pula menyokong pemotongan yang lebih besar.
Menurut Goolsbee, inflasi telah berada di atas sasaran 2% selama lebih empat tahun dan kemajuan menurunkannya terhenti sejak beberapa bulan lalu, menjadikan pendekatan berhati-hati lebih wajar.
Walaupun begitu, beliau menyatakan keyakinan bahawa kadar faedah boleh diturunkan dengan ketara tahun depan sekiranya data baharu menunjukkan inflasi kembali ke sasaran Fed















































