Setelah kejatuhan dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS) pada minggu lepas, Wall Street kini dilihat kembali pulih.
Pada minggu lepas, ramalan yang lemah oleh Walmart telah mendorong indeks saham utama menjunam ke bawah dengan indeks Dow Jones dan Nasdaq jatuh sebanyak 2.51% manakala S&P 500 pula turun sebanyak 1.66%.
Laporan mengenai keyakinan pengguna AS terhadap ekonomi mereka yang lemah juga menyumbang kepada kejatuhan Wall Street.
Laporan pendapatan daripada Home Depot dan Lowe bakal jadi perhatian pelabur, untuk mengenal pasti trend perbelanjaan orang ramai di AS.
Laporan daripada Nvidia juga penting untuk pelabur lihat prestasi syarikat selepas pelancaran AI China iaitu DeepSeek yang beri kesan negatif kepada syarikat tersebut.
Dari segi data ekonomi, pelabur menantikan laporan indeks harga PCE, menjadi tumpuan FED yang mempengaruhi penetapan kadar faedah.