Polis Hong Kong mengeluarkan amaran bahawa memuat turun permainan mudah alih yang mengandungi unsur mencabar atau menggugat kedudukan Parti Komunis China boleh dianggap satu jenayah.
Beijing sangat sensitif terhadap perbezaan pendapat dan pada tahun 2020 mereka mengenakan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong yang berjaya membanteras pembangkang politik.
Syarikat Taiwan bertindak membangunkan permainan “Reversed Front: Bonfire” yang membolehkan pengguna menyokong Hong Kong, Tibet, Uyghur dan Taiwan sebagai bantahan terhadap pemerintahan komunis.
Pengguna yang memuat naik atau mencadangkan permainan tersebut dianggap bersalah kerana berniat melakukan pemisahan atau subversif, meskipun pemain memilih komunis untuk mengalahkan semua musuh.
Dalam permainan video tersebut komunis digambarkan sebagai bersifat autoritarian, tergesa-gesa dalam tindakan, kurang cekap, suka merasuah, penyelewengan, eksploitasi dan keganasan.
Sejak penguatkuasaan peraturan keselamatan negara, pembangkang politik di Hong Kong semakin lenyap selepas berlakunya pro-demokrasi besar pada 2019.
Syarikat Apple telah mengeluarkan permainan itu daripada App Store versi Hong Kong selepas tersedia satu hari sebelumnya.
Perubahan dalam sentimen pasaran semasa boleh pengaruhi saham-saham global. Tapi macam mana nak belajar tentang sentimen pasaran? Sertai komuniti HUSTLE24HOUR yang menyediakan pembelajaran khas tentang pasaran kewangan. KLIK LINK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.