Pasaran Wall Street mengalami peningkatan positif disokong oleh lonjakan saham Nvidia dan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.
Indeks S&P dan Nasdaq ditutup pada paras tertinggi dengan mencatatkan kenaikan minggu ketiga.
Saham Nvidia turut melonjak 1.3% mendorong peningkatan nilai pasaran kepada $3.89 bilion – hampir mengatasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia.
Purata indeks utama S&P 500 menokok 0.83% kepada 51.94 mata, Dow Jones mengukuh 0.77% kepada 344.11 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi pula mencanak 1.02% kepada 207.97 mata.
Dalam tumpuan lain, laporan pekerjaan NFP AS pada semalam mencatatkan peningkatan 147,000 pekerjaan pada Jun, melebihi jangkaan 110,000. Kadar pengangguran pula menurun kepada 4.1%, lebih baik daripada unjuran 4.3%.
Sementara itu, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan pelan cukai besar yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump, yang dijangka akan menambah $3.4 bilion kepada hutang negara serta menjejaskan perlindungan insurans kesihatan rakyat AS.
Selanjutnya, pemotongan cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh merangsang permintaan ekonomi serta menambah tekanan inflasi ketika ekonomi menunjukkan tanda positif.
Jumlah dagangan bursa AS merekodkan $10.85 bilion berbanding purata $17.82 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!