Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan bahawa pembinaan projek Tembok Laut Gergasi bernilai $80 bilion di sepanjang pantai utara Pulau Jawa yang lama tertangguh akan dimulakan.
Projek berskala besar itu bertujuan melindungi komuniti pesisir pantai daripada ancaman kenaikan paras laut dan banjir besar.
Projek berkenaan akan meliputi kawasan sepanjang kira-kira 500 kilometer dari Banten di barat hingga ke Gresik di Jawa Timur.
Prabowo memaklumkan projek itu dicadangkan sejak 1995, selepas tertangguh selama beberapa dekad dan kini diteruskan sebagai keutamaan baharu.
Prabowo memberitahu keutamaan pertama adalah pembinaan di Teluk Jakarta dengan kos $8 hingga $10 bilion, diikuti kawasan Semarang, Pekalongan dan Brebes yang terdedah kepada banjir air pasang besar.
Beliau juga menyatakan fasa awal projek tersebut bakal dibiayai oleh kerajaan pusat dan wilayah Jakarta, masing-masing menyumbang 50% dengan peruntukan sekitar $1 bilion setahun selama lapan tahun.
Kerajaan Indonesia akan mengutamakan penggunaan kepakaran tempatan meskipun terbuka kepada kerjasama antarabangsa dengan Jepun, Korea Selatan, China, Asia Barat dan Eropah.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!