Inflasi pengguna Malaysia pada bulan Mei menyusut ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun, berikutan harga makanan meningkat lebih sederhana.
Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan bahawa indeks harga pengguna iaitu penunjuk utama inflasi Malaysia mencatatkan lonjakan 1.2% pada Mei, berbanding bulan sama tahun 2024.
Indeks tersebut merupakan kadar paling rendah sejak Februari 2021, dan jauh lebih rendah daripada jangkaan peningkatan 1.4% berdasarkan tinjauan Bloomberg.
Tambahan pula, sub-indeks makanan dan minuman juga menyumbang hampir 30% daripada keseluruhan indeks melonjak 2.1% berbanding 2.3% pada April, dipacu oleh pertambahan makanan di luar rumah.
Kategori lain pula mencatatkan kenaikan harga lebih perlahan pada Mei termasuk perlindungan sosial, penjagaan diri, pendidikan, perumahan, air, elektrik, bahan api dan pelbagai perkhidmatan.
Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi utama turut dijangka kekal dalam julat sederhana antara 2.0% hingga 3.5%, didorong oleh penurunan kos global dan permintaan yang stabil.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!