Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie muflis selepas gagal membayar pinjaman berjumlah RM5.28 juta kepada syarikat Cekap Air Sdn Bhd.
Jovian didakwa kerana tidak mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2023, yang menjurus kepada perbuatan kebankrapan dalam tempoh enam bulan sebelum petisyen difailkan.
Syarikat itu memaklumkan bahawa jumlah hutang termasuk faedah bernilai RM5,284,340.66, berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2 April 2023 menerusi saman sivil.
Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili Cekap Air menyatakan pihaknya memfailkan notis selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman, diikuti Petisyen Pemiutang yang dibenarkan semalam.
Jovian turut memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan petisyen, namun ditolak oleh mahkamah.
Rayuan beliau terhadap penghakiman dijadualkan akan berlangsung pada 15 September 2025.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!