MBSB Research menjangkakan kadar pengangguran di Malaysia akan kekal pada paras 3% tahun ini berbanding 3.4% pada tahun sebelumnya.
Keadaan tersebut disokong oleh peningkatan peluang pekerjaan dan peluang kerjaya berterusan khususnya dalam sektor perkhidmatan.
Firma itu turut menyatakan penciptaan peluang pekerjaan serta permintaan buruh lebih kukuh didorong oleh penggunaan domestik dan aktiviti pelaburan yang stabil.
Situasi ini menunjukkan peningkatan pekerjaan yang stabil dan penurunan kadar pengangguran dengan tenaga buruh di Malaysia semakin berkembang secara konsisten pada Jun 2025.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pasaran buruh terus mencatatkan pertumbuhan positif pada bulan itu susulan perkembangan ekonomi negara yang berterusan.
Namun, gangguan berkaitan tarif berisiko menjejaskan permintaan global dan memberi tekanan kepada pengambilan tenaga kerja dalam sektor berkait rapat dengan eksport dan komoditi.
Tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati bahawa trend pekerjaan pada bulan tersebut adalah selaras dengan kadar yang direkodkan sebelum ini pada Mei 2025.