Perdana Menteri Kanada, Mark Carney akan mengiktiraf negara Palestin pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal berlangsung pada September ini.
Pengumuman itu dibuat susulan kenyataan Perancis pada minggu lalu yang menyatakan hasrat untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Kerajaan Britain pula akan berbuat demikian sekiranya konflik di Gaza tidak dihentikan menjelang persidangan tersebut.
Usaha ini turut dijangka akan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu ketika krisis kemanusiaan di Gaza terus memuncak.
Carney juga berkata langkah itu bergantung kepada komitmen Pihak Berkuasa Palestin dalam melaksanakan reformasi, termasuk penambahbaikan tadbir urus dan penganjuran pilihan raya pada 2026 tanpa penglibatan Hamas.
Situasi di Gaza semakin kritikal dengan laporan kematian akibat kebuluran serta insiden maut ketika penduduk berebut bantuan makanan daripada trak PBB.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.