Satu kes jangkitan ‘screwworm’ iaitu parasit pemakan daging manusia telah dikesan di Maryland, Amerika Syarikat (AS).
Menurut sumber, kes tersebut melibatkan seorang individu yang berkunjung ke AS dari Guatemala dan beliau kini sedang dirawat di Maryland.
Kes tersebut turut disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan kes pertama tahun ini membabitkan ‘New World screwworm’ di Amerika.
Menjadi kebimbangan, wabak tersebut kini dilaporkan sedang merebak pantas ke utara dari Amerika Tengah dan selatan Mexico.
Kes dilaporkan selepas seminggu selepas Jabatan Pertanian AS sedang merancang untuk membina kemudahan lalat mandul di Texas dalam usaha menangani isu serangga perosak itu.
Screwworm adalah wabak yang berpunca dari lalat parasit yang bertelur pada luka haiwan berdarah panas yang kemudiannya ratusan larva parasit itu akan menggigit dan memakan isi hidup sehingga membunuh haiwan perumah tersebut.
Justeru, perosak ini akan menjejaskan ternakan dan hidupan liar namun jarang menjangkiti manusia. Jika terkena jangkitan, boleh membawa maut berikutan rawatan adalah rumit.
Jika dikesan lebih awal, berkemungkinan boleh diselamatkan dengan menghapuskan larva yang menjangkit serta pembersihan luka.