Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah menjalin kerjasama strategik dengan Alipay+ dan Weixin Pay bagi merangsang perbelanjaan pelancong dari China dan Asia sempena cuti musim panas.
Kerjasama tersebut membolehkan pelancong yang menggunakan AlipayCN dan Weixin Pay membuat bayaran di Malaysia hanya dengan mengimbas DuitNow QR, tanpa perlu memuat turun aplikasi lain.
Ketua Pegawai Pemasaran PayNet, Gary Yeoh menyatakan dengan kemudahan DuitNow QR, peniaga kecil berpeluang memanfaatkan kuasa beli global tanpa perlu menambah sistem pembayaran baharu.
Selanjutnya, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy juga memberitahu kempen itu berperanan penting dalam mencapai sasaran kedatangan enam juta pelancong dari China tahun ini.
Periasamy turut membahas pelancong dapat menikmati pengalaman berbelanja yang lebih mudah, sekaligus membuka manfaat besar kepada perniagaan tempatan serta merangsang pertumbuhan ekonomi pelancongan negara.
Sistem ini kini terdapat di 2.5 juta lokasi merangkumi restoran, hotel dan kedai cenderamata, sekaligus memberi kelebihan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menarik pelancong.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.