Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila melonjak 11 anak tangga pada kedudukan ke-23.
Perkembangan positif berikut menandakan kejayaan terbesar negara dalam tempoh lima tahun selepas berada di kedudukan ke-34 pada tahun lalu.
Dalam satu hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan prestasi ini merupakan petunjuk jelas kejayaan usaha reformasi yang digerakkan oleh kerajaan MADANI.
Anwar turut memaklumkan kejayaan itu bukti Malaysia mampu melonjak dengan tekad politik, iltizam kerajaan dan kerjasama sektor swasta disokong oleh prestasi ekonomi dan pelaburan kukuh.
Beliau juga memberitahu pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia dan menjadi asas penting ke arah menjadikan negara antara ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan anak kita.
Malaysia kini berada di tangga ke-6 dalam Perdagangan Antarabangsa selepas mencatat kenaikan 11 anak tangga.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!