Menteri Sumber Manusia dan Kelestarian Alam, Johari Abdul Ghani menegaskan Malaysia tidak pernah menawarkan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) dalam sebarang rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
Semasa Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, Johari berkata perkara itu telah ditegaskan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz pada 17 Ogos lalu.
Johari turut menyatakan Malaysia tidak menawarkan pengeksportan mentah REE sebagai syarat untuk mengurangkan kadar tarif dalam rundingan perdagangan dengan AS.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan daripada Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman), Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).
Kerajaan juga komited untuk mempercepatkan pembangunan industri REE melalui kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.
Setakat ini, kerajaan masih belum mencapai sebarang persetujuan dengan mana-mana pihak kerana setiap keputusan perlu diambil secara berhati-hati.