Malaysia mengalami kerugian hasil cukai eksport melebihi RM950 juta akibat kegiatan sindiket penyeludupan besi buruk yang beroperasi di lima negeri.
Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan operasi khas Op Metal susulan dakwaan sindiket ini memberi rasuah kepada pihak penguat kuasa.
Penglibatan pegawai penguat kuasa dengan sindiket ini menyebabkan kerugian cukai sekitar RM160 juta dalam tempoh enam tahun, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM950 juta.
Anggota Skuad Taktikal Antirasuah (ACTS) SPRM menyerbu enam lokasi di Pulau Pinang bagi mendapatkan bukti dan dokumen berkaitan penyeludupan besi buruk.
Siasatan mendapati sindiket ini telah menyeludup keluar besi-besi ke India, China dan negara lain, namun diikrarkan sebagai barangan jentera serta logam lain yang tidak dikenakan cukai eksport sebanyak 15%.
Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.