Malaysia telah menyertai Persidangan Tergempar Bogota di Colombia pada 15-16 Julai bersama 30 negara, anjuran Kumpulan The Hague bagi menyelaras tindakan undang-undang dan diplomatik terhadap isu Gaza.
Menurut Sekretariat Kumpulan The Hague, persidangan tersebut berperanan memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap prinsip keadilan dan kebertanggungjawab untuk rakyat Palestin.
Kumpulan itu turut berikrar untuk mematuhi langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menghalang pemindahan senjata ke Israel dan menyekat kapal ketenteraan daripada berlabuh di pelabuhan negara anggota.
Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menyifatkan persidangan itu sebagai detik bersejarah, titik perubahan penting dan akan dikenang sepanjang zaman.
Persidangan itu dibuat susulan terbentuknya Kumpulan The Hague pada awal tahun oleh lapan negara iaitu Malaysia, Namibia, Senegal, Afrika Selatan, Cuba, Honduras, Colombia dan Bolivia.
Antara negara lain yang mengambil bahagian termasuklah Brazil, Indonesia, Namibia, Afrika Selatan, Sepanyol, Senegal, Qatar, Cuba, China, Honduras serta Colombia selaku tuan rumah.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.