Sebuah jawatankuasa bersama antara Persatuan Francais Malaysia dan United Kingdom (UK) akan ditubuhkan bagi memperkukuhkan jaringan francais negara di UK.
Perkembangan itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri Dialog Perniagaan Francais: Malaysia-UK sempena lawatan kerja empat hari ke sana.
Ahmad Zahid mengatakan usaha tersebut dilaksanakan sebagai platform untuk membantu jenama francais Malaysia menembusi pasaran UK menjelang tahun hadapan.
Ahmad Zahid memberitahu syarikat Malaysia memiliki peluang luas mengembangkan perniagaan berkaitan produk halal melibatkan makanan, kosmetik dan perubatan tradisional.
Selanjutnya, beliau bakal mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai francais dan memperoleh laporan pelaksanaan dengan segera serta memantau pencapaiannya setiap enam bulan.
Beliau turut membahas kerjasama akan diperkukuh bagi menarik francais UK ke pasaran ASEAN melalui Malaysia serta mengembangkan jenama negara ke UK menerusi jawatankuasa tersebut.
Malaysia komited mengukuhkan rangkaian francais melalui sokongan pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan geran digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dengan sasaran jualan RM100 bilion menjelang 2030.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!