Penggunaan mata wang tempatan dalam reformasi perdagangan ASEAN berpotensi besar mengubah secara menyeluruh kepada struktur kewangan negara anggota.
Malaysia harus menerajui transformasi ini dengan mengamalkan dasar fiskal dan monetari yang progresif, pelaburan digitalisasi kewangan serta mengukuhkan diplomasi ekonomi serantau secara berterusan.
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Dr Armin Baniaz Pahamin menyatakan langkah itu perlu dimulakan untuk membina sistem kewangan lebih stabil, meskipun memerlukan masa dan pembangunan infrastruktur kewangan yang kukuh.
Armin menyatakan cadangan ini mampu mewujudkan kestabilan serantau dengan mengukuhkan pasaran modal domestik untuk meningkatkan kecairan dan sistem kewangan lebih berdaya tahan.
Beliau turut menegaskan Malaysia perlu menubuhkan ASEAN Local Currency Clearinghouse (ALCC) di Kuala Lumpur bagi memudahkan transaksi rentas sempadan dalam mata wang ringgit tanpa bergantung kepada dolar AS.
Beliau juga membahas perjanjian dua hala dalam ringgit dengan negara ASEAN seperti Thailand, Filipina dan Indonesia perlu dimeterai sebagai usaha awal penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!