Pengeluaran minyak Malaysia diramalkan akan menghadapi tekanan pada separuh kedua 2025, selepas mencatatkan penurunan sebanyak 5.2% tahun ke tahun kepada 45.5 juta tong pada suku pertama.
RHB Investment Bank menyatakan penurunan ini semakin sederhana berbanding suku sebelumnya, menandakan tanda penstabilan hasil daripada peningkatan prestasi dan kecekapan operasi di medan matang.
Firma itu turut memberitahu pengeluaran gas asli berkemungkinan menyusut pada separuh kedua 2025, akibat penutupan kemudahan utama di Sarawak dan Semenanjung serta permintaan sederhana dari Jepun dan Korea Selatan.
MIDF Research juga membahas prospek sektor huluan Malaysia stabil namun tetap berwaspada, susulan ketidaktentuan harga minyak global, gangguan bekalan dan tekanan peralihan tenaga.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!