Qatar, Arab Saudi dan Mesir antara 17 negara termasuk Britain, Perancis serta Kanada yang memeterai deklarasi bagi menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Palestin.
Kenyataan bersama selepas persidangan peringkat tinggi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober dan menuntut pembebasan semua tebusan yang masih ditahan.
Deklarasi itu menggesa Hamas untuk menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa Palestin sebagai usaha penyelesaian antara dua negara.
Namun begitu, Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak menghadiri persidangan PBB tersebut serta tidak menandatangani deklarasi berkenaan.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot menyifatkan langkah itu sebagai detik bersejarah kerana buat kali pertama kuasa Arab secara terbuka menolak Hamas dan mendesak kumpulan itu dilucutkan kuasa.
Setiausaha Luar Britain, David Lammy menyokong kenyataan bersama di PBB yang menegaskan Hamas tidak wajar diagungkan susulan serangan pada 7 Oktober.
Beliau turut menggesa Hamas membebaskan semua tebusan, menerima gencatan senjata serta berundur daripada mentadbir Gaza.
Agensi PBB juga memberi amaran krisis di Gaza adalah berpunca daripada tindakan manusia yang menyebabkan kebuluran besar-besaran dengan lebih 100 kematian akibat kekurangan zat makanan.
Israel dipersalahkan kerana menyekat kemasukan semua bekalan bantuan ke Gaza, manakala Israel pula menuduh Hamas mencuri bantuan yang disalurkan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!