Nestle, syarikat makanan Switzerland pada semalam mengumumkan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurent Freixe serta-merta selepas siasatan mendapati beliau menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai bawahan.
Menurut syarikat tersebut, lembaga pengarah menilai tindakan Freixe sebagai pelanggaran terhadap kod etika dan garis panduan dalaman Nestle.
Pengerusi Nestle, Paul Bulcke merakamkan ucapan penghargaan kepada Freixe yang telah berkhidmat hampir 40 tahun bersama syarikat itu.
Lembaga pengarah telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso, Philip Navratil sebagai pengganti Freixe.
Navratil yang menyertai Nestle selama 24 tahun telah memulakan kerjayanya dalam bahagian audit dalaman pada tahun 2001.
Pada tahun lalu, Navratil dilantik sebagai CEO Nespresso dan sejak Januari tahun ini, beliau turut menjadi anggota lembaga eksekutif.