Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengecam Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas membuat keputusan untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi.
Netanyahu menyifatkan pengiktirafan Palestin sebagai ganjaran kepada keganasan dan langkah itu berisiko mewujudkan proksi Iran baharu seperti di Gaza, sekaligus mengancam keselamatan Israel.
Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar juga menegaskan kenyataan Macron sebagai tidak masuk akal, mendakwa Palestin akan dikuasai oleh Hamas dan Macron tidak mampu menjamin keselamatan Israel.
Menurut agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 142 negara telah bercadang untuk mengiktiraf penubuhan negara Palestin, meskipun usaha itu ditentang oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).
Beberapa negara mula menyatakan hasrat untuk mengiktiraf Palestin selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada 2023 sebagai tindak balas terhadap serangan 7 Oktober oleh pejuang Hamas.
Hamas turut menyambut baik kenyataan Macron dan menyifatkannya sebagai langkah ke arah keadilan untuk rakyat Palestin serta sokongan terhadap hak penentuan nasib sendiri.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!