Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mendakwa Asia Barat akan huru-hara tanpa kehadiran dan peranan Israel dalam mengekalkan kestabilan serantau.
Ucapan tersebut disampaikan kepada kepimpinan tentera Israel pada semalam selepas beberapa hari gencatan senjata dicapai susulan konflik besar antara Israel dan Iran.
Netanyahu turut mendakwa tanpa kehadiran Israel, Asia Barat berisiko dilanda kekacauan sambil menekankan peranan negaranya mengekang pengaruh Iran serta kumpulan Hamas dan Hezbollah.
Beliau juga menegaskan Israel bukan sahaja mempertahankan dirinya, tetapi bertindak sebagai benteng keselamatan kepada negara-negara Arab.
Beliau dikritik oleh pemimpin dan penganalisis antarabangsa kerana didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada tekanan domestik dan kecaman global terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan Lubnan.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan memuncak selepas serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran dan tindak balas peluru berpandu Tehran terhadap bandar-bandar di Israel.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!