Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini berdepan tekanan hebat dari dalam dan luar negara untuk menamatkan perang di Gaza, berikutan peningkatan korban tentera dan kemarahan rakyat semakin memuncak.
Netanyahu bersedia memulakan rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan, namun hanya selepas tercapainya perjanjian gencatan senjata sementara dan Hamas meletakkan senjata sepenuhnya.
Beliau juga dikritik susulan rancangan kontroversi untuk membina sebuah bandar kemanusiaan baharu di selatan Gaza bagi menempatkan ratusan ribu rakyat Palestin sekiranya gencatan senjata dicapai.
Rancangan tersebut menerima kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang menyifatkannya sebagai menyerupai sebuah ‘kem tahanan’.
Laporan media Israel turut mendedahkan bahawa agensi keselamatan negara itu sendiri tidak menyokong cadangan berkenaan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!