Syarikat Nvidia mencatat nilai pasaran mencecah $3.92 trilion, menghampiri status sebagai syarikat paling bernilai dalam sejarah, didorong oleh keyakinan pasaran terhadap potensi kecerdasan buatan (AI).
Saham Nvidia mencanak sebanyak 2.4% kepada $160.98 pada awal dagangan, sekaligus mengatasi rekod nilai pasaran Apple bernilai $3.915 trilion yang dicapai pada 26 Disember 2024.
Permintaan terhadap cip AI Nvidia terus melonjak selaras dengan persaingan sengit dalam kalangan firma gergasi seperti Amazon, Microsoft, Meta, Tesla dan Alphabet yang membina pusat data serta bersaing dalam teknologi generatif.
Organisasi tersebut telah berkembang daripada syarikat kecil kepada penanda aras AI Wall Street sejak diasaskan oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Jensen Huang pada 1993.
Menurut data LSEG, nilai pasaran Nvidia kini melebihi keseluruhan pasaran saham di Kanada dan Mexico, serta semua syarikat tersenarai di United Kingdom.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.