Nvidia mencatatkan nilai pasaran sebanyak $4 trilion dan menjadi syarikat pertama di dunia mencapai kejayaan itu, sekaligus mengukuhkan status sebagai saham kegemaran di Wall Street.
Saham pereka cip terkemuka tersebut melonjak 2.5% ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu $164.42, disokong oleh permintaan berterusan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).
Nvidia mencapai nilai $1 trilion pada Jun 2023 dan meningkat tiga kali ganda dalam tempoh setahun, mengatasi pertumbuhan Apple dan Microsoft – dua syarikat Amerika Syarikat (AS) dengan nilai pasaran melebihi $3 trilion.
Tambahan pula, Nvidia telah mengukuh kira-kira 74% daripada paras terendah pada bulan April, selepas pasaran global terjejas akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump.
Firma itu berjaya merekodkan pendapatan $44.1 bilion pada suku pertama, meningkat 69% dengan keuntungan 81 sen sesaham berbanding tahun sebelumnya.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.