Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyeru tindakan segera diambil bagi mengelakkan krisis kebuluran yang semakin memburuk di Semenanjung Gaza.
Dalam hantaran di platform X, beliau turut menegaskan bantuan mesti disalurkan kepada penduduk Gaza serta tiada alasan menyekat bekalan makanan dan air, sambil disertakan pautan dua artikel The New York Times (NYT).
Israel mengumumkan rancangan menghentikan serangan di kawasan tertentu bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan melalui koridor selamat susulan kematian akibat kebuluran di Gaza.
Krisis kelaparan di Gaza kini menjadi bencana kemanusiaan, dengan rakaman menunjukkan penduduk terlalu kurus dan rebah akibat masalah dehidrasi serta kebuluran berterusan.
Sejak 18 tahun lalu, Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza dan menutup sepenuhnya semua lintasan sejak 2 Mac, sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah itu.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!