Wall street dibuka suram pada tahun baru setelah pergerakan lemah masih lagi diteruskan.
Pada hari Khamis, pasaran mula kukuh pada pembukaan pasaran tetapi menghampiri sesi penutup pasaran mula melemah dengan indeks Dow Jones turun 0.36%, S&P 500 jatuh 0.22%, dan Nasdaq Composite susut 0.16%.
Saham Tesla jatuh 6.1% selepas laporan penghantaran tahunan kereta Tesla yang lebih lemah daripada jangkaan dan letupan Cybertruck di Las Vegas.
Saham Apple juga turun 2.6% apabila jualan produk mereka di China tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.
Berbeza pula dengan saham NVIDIA dan platform Meta di mana kedua-dua saham tersebut melonjak sebanyak 3% dan 2.3%.
Di sebalik prestasi indeks saham yang tidak menentu, pelabur juga memberi perhatian terhadap laporan indeks perkilangan Amerika Syarikat (ISM) dan pernyataan dari pegawai rizab persekutuan (Fed).