US dolar tidak menyambung penurunan lanjut pada dagangan pembukaan awal minggu semalam setelah pasaran menyaksikan kejatuhan drastik nilai raja mata wang itu pada Jumaat lalu.
Pergerakan pasaran perlahan pada Isnin semalam ketika para pelabur masih lagi menghadam laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) terbaru ketika bacaan bagi bulan Julai menunjukkan kemerosotan pada sektor buruh.
Malah, turut mencetuskan kekecewaan Presiden Donald Trump, beliau bertindak memecat pegawai penting yang berkaitan dengan laporan itu iaitu Suruhanjaya Biro Statistik Buruh AS, Erika McEntarfer untuk digantikan dengan seseorang yang lebih berkelayakan atas alasan angka pekerjaan itu telah dimanipulasi.
Keyakinan terhadap ekonomi AS hanya bertahan sementara pada minggu lepas yang turut menyokong prestasi cemerlang US dolar sebelum data NFP muncul.
Kembali semula jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk dilaksanakan pada mesyuarat September ketika bank pusat itu masih berada dalam fasa pelonggaran polisi.
Selain pemecatan oleh Trump, pelabur juga melihat kegoyahan dalam politik AS dengan berita peletakan jawatan oleh Gabenor Fed, Adriana Kugler yang berundur lebih awal dari tempoh penggalnya berakhir.
Tumpuan pada hari ini (Selasa) adalah pada terbitan data PMI perkhidmatan AS tinjauan oleh ISM pada sesi New York.
Ramalan angka tinjauan adalah meningkat kepada 51.5 mata, berbeza berbanding data tinjauan untuk sektor pembuatan yang diterbitkan minggu lepas semakin menurun di bawah paras 50 mata yang menunjukkan isyarat penguncupan.
Perkembangan tarif global juga masih diperhatikan setelah pelaksanaan kembali bermula semula setelah tamat tempoh penangguhan oleh Trump pada 1 Ogos.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.