Bitcoin, Ethereum dan XRP meneruskan penurunan ketara minggu ini susulan gelombang jualan oleh pelabur runcit. Waima begitu data sejarah menunjukkan tingkah laku tersebut kadangkala mendahului tempoh pemulihan pasaran. Data daripada Santiment menunjukkan ‘dompet kecil’ di ketiga-tiga aset tersebut sedang mengurangkan pegangan mereka. Ia merupakan suatu corak yang biasanya terjadi sebelum lantunan harga.
Dompet kecil Bitcoin yang memegang kurang daripada 0.01 BTC menjual 0.36% daripada bekalan mereka dalam lima hari terakhir, manakala pemegang kecil ETH dan XRP masing-masing menjual 0.90% dan 1.38% sejak bulan lalu. Walaupun begitu, Glassnode menganggarkan bahawa pelabur kecil masih untung secara keseluruhan, dengan BTC, ETH dan XRP masing-masing berada sekitar 104%, 43% dan 61% keuntungan.
Pasaran kekal lemah walaupun BTC dan ETH mencatat lantunan sederhana selepas beberapa hari kejatuhan mendalam. BTC berada pada $90,785 dan kini telah melonjak kepada $91,643.01 manakala ETH diniagakan sekitar $3,025, namun sentimen kekal sangat negatif dengan Fear and Greed Index jatuh ke 15.
Indikator teknikal menunjukkan keadaan terlebih penjualan, yang kadangkala membawa kepada pemulihan jangka pendek. Namun, tekanan kecairan ialah berjumlah $270 juta dalam 24 jam dengan volatiliti masih tinggi dan pasaran belum stabil sepenuhnya.
CryptoRank memberi amaran bahawa ketidaktentuan akan berterusan, dengan arah tuju pasaran berpotensi bergantung pada data ekonomi A.S. yang bakal diterbitkan. Walaupun terdapat petunjuk awal ke arah lonjakan, pemulihan yang mampan masih belum dapat dipastikan.






















































