Pengeluar kereta pertama Vietnam, Vinfast mencatatkan kerugian bersih sebanyak $712 juta pada suku pertama meskipun jumlah penghantarannya meningkat.
Syarikat kenderaan elektrik (EV) negara itu berhasrat untuk menyaingi syarikat global seperti Tesla, namun menghadapi kesukaran dalam menembusi pasaran antarabangsa.
Dalam kenyataannya, syarikat berikut telah menghantar 36,330 kenderaan elektrik (EV) dalam tiga bulan pertama yang menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 296%.
Organisasi tersebut mencatatkan jumlah pendapatan bernilai $656.5 juta dengan lonjakan 150% daripada tempoh yang sama pada 2024.
Pengerusi Vinfast, Thu Le menyatakan bahawa peningkatan dalam jumlah penghantaran merupakan permulaan yang positif menjelang 2025, meskipun berhadapan ketidaktentuan global yang berterusan.
Firma terbabit merekodkan kerugian bersih melebihi $3 bilion walaupun penghantaran kereta meningkat hampir tiga kali ganda pada tahun lalu.
Perdagangan global terjejas susulan pelaksanaan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada April lepas.
Kerajaan Hanoi kini sedang membuat kemajuan dalam rundingan dengan Washington bagi mengelakkan tarif sebanyak 46% yang dicadangkan oleh Trump terhadap eksport Vietnam.
Perubahan dalam sentimen pasaran semasa boleh pengaruhi saham-saham global. Tapi macam mana nak belajar tentang sentimen pasaran? Sertai komuniti HUSTLE24HOUR yang menyediakan pembelajaran khas tentang pasaran kewangan. KLIK LINK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.