Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu tarif import 25% yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok.
Anwar menyatakan tindakan AS mengenakan tarif secara unilateral akan memberi kesan negatif kepada Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Beliau turut memberitahu pihaknya telah menghantar pasukan rundingan untuk menjelaskan pendirian bahawa Malaysia sebagai negara dagang akan terkesan dengan tarif berikut.
Rundingan masih berjalan dan sekiranya bertemu Rubio, beliau akan mengutarakan beberapa isu untuk dipertimbangkan sebelum Trump membuat keputusan muktamad.
Kenyataan tersebut dirakamkan selepas perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.