Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan menyalurkan bantuan tambahan bernilai RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin.
Anwar menyatakan peruntukan itu adalah tambahan kepada pengumuman dua tahun lalu yang bertujuan membangunkan semula Gaza.
Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau berucap pada malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka.
Anwar turut menggesa syarikat-syarikat besar dalam negara menyalurkan bantuan bagi menyokong usaha pembangunan semula itu.
Beliau juga menegaskan pentingnya kesatuan rakyat untuk menolak perpecahan, membina negara makmur dan menjadi contoh kepada dunia.
Golongan muda diseru untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara demi memastikan tanah air kekal merdeka, terus maju serta mampu membela rakyat tertindas termasuk di Gaza.