Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva bertekad mempertahankan kepentingan ekonomi negaranya melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari Brazil.
Lula berkata kerajaan Brazil telah mula memperkukuh perdagangan antarabangsa dan menyokong syarikat tempatan sejak awal, bahkan sebelum pentadbiran baharu AS mengambil alih kuasa.
Lula turut menegaskan dirinya tidak akan menghubungi Presiden Donald Trump kerana Trump disifatkan tidak berminat untuk berbincang mengenai isu tarif.
Beliau juga bersedia berunding dengan Washington, namun menegaskan rundingan mesti berlandaskan dasar kesaksamaan dan saling menghormati serta menekankan kedaulatan negara Brazil.
Namun, beliau merancang untuk menghubungi Trump bagi menjemputnya menghadiri Sidang Kemuncak Iklim COP30 yang akan diadakan pada November ini di Belem, Para.
AS dijangka mengenakan tarif sebanyak 50% terhadap barangan import dari Brazil mulai Jumaat ini.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.