Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dalam satu serangan Israel semasa menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran pada bulan lalu.
Serangan tersebut berlaku pada 17 Jun ketika pemimpin tertinggi Iran bersama tiga anggota utama kerajaan sedang mengadakan mesyuarat di tingkat bawah sebuah bangunan di bahagian barat Tehran.
Menurut laporan, serangan enam peluru berpandu itu menyasarkan pintu masuk dan keluar bangunan, yang disifatkan mirip dengan cubaan pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrullah.
Pihak berkuasa Iran turut mengesyaki kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dalaman berikutan ketepatan serangan yang dilancarkan.
Konflik Israel-Iran berakhir susulan gencatan senjata berkuat kuasa pada 24 Jun selepas serangan udara Tel Aviv mengorbankan seramai 606 orang dan mencederakan 5,332 yang lain di Iran.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!