Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi menyuarakan penentangan tegas terhadap serangan ketenteraan Israel ke atas Iran dalam panggilan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
El-Sisi menekankan bahawa Mesir menolak sepenuhnya tindakan ketenteraan berterusan oleh Israel, yang disifatkan sebagai ancaman besar kepada keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Barat.
Panggilan itu dibuat ketika konflik antara Israel-Iran berlarutan ke minggu kedua, dengan kedua-dua pihak masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu.
Beliau turut menggesa gencatan senjata serta-merta dan menegaskan bahawa krisis ini hanya dapat diselesaikan melalui rundingan politik, bukannya tindakan ketenteraan.
Presiden Pezeshkian pula menyatakan penghargaan terhadap pendirian Mesir yang disifatkan sebagai bijaksana serta menyokong usaha diplomatik bagi menamatkan konflik dan pertumpahan darah.
Kerajaan Mesir kini berusaha mengaktifkan semula saluran diplomatik untuk meredakan ketegangan semakin memuncak di Asia Barat.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.