Model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran PROTON, e.Mas 7 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 3,632 unit terjual dalam tempoh lima bulan.
Sejak dilancarkan pada Januari 2025, Proton e.Mas 7 telah mencatatkan jualan sebanyak 3,399 unit di pasaran tempatan dan 233 unit untuk eksport, menjadikannya model EV paling pantas terjual dalam sejarah automotif negara.
Dalam tempoh masa yang singkat, e.Mas 7 berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju utama dalam segmen EV yang berkembang pesat di Malaysia, walaupun berdepan dengan cabaran persaingan harga dalam pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang menyatakan bahawa strategi kumpulan itu berada di landasan tepat, mencerminkan keyakinan terhadap jenama Proton e.Mas serta berasa bangga menjadi peneraju dalam arus perubahan ini.
Qiang memberitahu PRO-NET komited untuk membina ekosistem yang menyokong penggunaan kenderaan EV dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, sekaligus memastikan pengalaman memiliki EV menjadi lebih mudah dan lancar.
Beliau juga membahas Proton e.Mas menyediakan lebih 3,100 titik pengecasan awam yang dipaparkan dalam Peta Pengecasan Langsung Bersepadu e.Mas 7 dan aplikasi e.Mas dengan liputan 90 peratus di seluruh dunia.
Proton e.Mas kini memiliki 44 bilik pameran dengan 32 daripadanya telah beroperasi bagi memastikan pelanggan EV di seluruh negara mendapat sokongan terbaik.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!