Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan agar kerajaan menetapkan had umur tamat persekolahan pada usia 16 tahun.
Rafizi menyatakan sesi persekolahan perlu ditamatkan pada umur 16 tahun kerana Malaysia menuju status negara menua dan bagi membolehkan anak-anak mula bekerja sekitar usia 21 tahun.
Kenyataan tersebut dirakamkan ketika beliau menyertai perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat semalam.
Mengulas mengenai pembentangan RMK13 yang didakwa tidak menekankan aspek ekonomi dan projek pembangunan, Rafizi menjelaskan perkara itu telah diberikan tumpuan sebelum ini masing-masing pada 2023 dan 2024.
Beliau turut memberitahu kerajaan akan menumpukan kepada aspek pendidikan kerana sektor tersebut dianggap penting untuk pembangunan masa depan negara.
Antara perkara yang dibangkitkan termasuklah penekanan terhadap penyediaan perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal melibatkan kanak-kanak seawal usia 5 tahun.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.