Setakat Januari 2025, kos pembaikan jalan akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) telah mencecah RM101.57 juta.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu merangkumi pembaikan jalan di semenanjung sebanyak RM45.37 juta, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM56.2 juta.
Nanta memberitahu gelombang pertama MTL pada Disember tahun lalu mencatatkan kos pembaikan keseluruhan bernilai RM312.1 juta merangkumi RM247 juta untuk jalan persekutuan, RM40.3 juta bagi cerun jalan persekutuan dan RM24.8 juta untuk jalan negeri.
Nanta turut membahas kos semasa pembaikan jalan yang digantung oleh kerajaan dianggarkan antara RM100 juta hingga RM300 juta bergantung kepada skala bencana dan tahap kerosakan.
Ketika ditanya mengenai kewajaran kerajaan untuk mewajibkan kontraktor menggunakan bahan binaan jalan raya yang lebih berdaya tahan terhadap kesan cuaca.
Beliau menjelaskan bahawa setakat ini, tiada dasar rasmi yang mewajibkan penggunaan bahan binaan baharu yang lebih tahan terhadap cuaca.
Namun begitu, kerajaan sentiasa menilai dan menyesuaikan penggunaan bahan serta teknologi baharu mengikut kesesuaian iklim dan keperluan teknikal negara.