Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican memaklumkan bahawa pembelian emas tidak akan tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Beliau menyatakan kerajaan tidak akan mengenakan sebarang cukai terhadap pembelian emas atas faktor budaya, ekonomi, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan perniagaan.
Selanjutnya, Johan memberitahu emas memainkan peranan penting dalam pelbagai komuniti sebagai hadiah simbolik semasa peristiwa penting seperti perkahwinan dan kelahiran anak.
Johan turut membahas walaupun ada pihak yang menganggap emas sebagai barangan pengguna bernilai tinggi, kerajaan tetap memutuskan untuk mengekalkan kadar cukai pada tahap sifar.
Beliau juga menegaskan kerajaan akan mengecualikan cukai ke atas epal dan oren memandangkan buah-buahan ini digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat, khususnya ketika perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya.
Beliau menambah kerajaan memilih untuk mengekalkan SST dan bukannya memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat Malaysia.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!