Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerima dana bernilai RM2 juta daripada Program Hidupan Liar Global (GWP) Malaysia sempena Hari Orang Utan Sedunia 2025 bagi memperkukuh usaha pemeliharaan mamalia itu.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Len Talif Salleh menyatakan dana itu akan digunakan untuk kawalan sempadan, perlindungan habitat serta pelaksanaan strategi pemuliharaan inklusif bersama komuniti.
Len Talif juga menegaskan komitmen jangka panjang Sarawak dalam melindungi orang utan Borneo (Pongo pygmaeus) serta memelihara khazanah biodiversiti negeri.
Beliau turut berkata peruntukan ini akan digunakan untuk menambah baik pelbagai fasiliti serta meningkatkan keselamatan para pengunjung bersama kerajaan negeri dan pusat.
Sarawak menyasarkan lebih sejuta hektar tanah diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) dengan 234,335 hektar telah diperuntukkan bagi pemuliharaan orang utan – hampir suku sasaran.
Antara kawasan utama termasuk Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary & Extension, Taman Negara Batang Ai, Taman Negara Sedilu, Taman Negara Ulu Sebuyau dan Taman Negara Gunung Lesong.