Harga minuman bergula seperti kopi dan air berkarbonat di negara ini ternyata jauh lebih mahal daripada harga seliter petrol RON95.
Dalam satu hantaran di laman X, Public Health Malaysia (PHM) mendedahkan segelas kopi Spanish latte di kafe dijual pada harga RM12, segelas lemonade RM4.50, manakala sebotol minuman berkarbonat 1.5 liter pula berharga RM3.80.
Sementara itu, harga petrol RON95 pula RM1.99 seliter – jauh lebih murah berbanding semua jenis minuman manis tersebut.
PHM juga menegur sikap pengguna yang sanggup membayar lebih untuk membeli minuman manis yang tidak bermanfaat kepada tubuh badan.
Kementerian Kesihatan turut menegaskan bahawa pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, obesiti dan penyakit jantung.
Ironinya, kita sanggup untuk membayar ratusan ringgit untuk minuman manis yang memudaratkan kesihatan, namun berkira untuk mengisi minyak petrol yang membawa kita ke suatu destinasi.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!