Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia melonjak kepada 49.3 pada Jun daripada 48.8 pada Mei, sekaligus merekodkan paras tertinggi sejak Februari lepas.
Organisasi itu menyatakan bacaan PMI mencerminkan pertumbuhan sederhana dalam statistik rasmi Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) untuk suku pertama dan suku kedua 2025.
Berdasarkan tinjauan S&P 500, data indeks berikut menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif dan memberangsangkan untuk sektor pembuatan Malaysia.
Tambahan pula, S&P 500 juga memaklumkan sebilangan pengilang mengambil inisiatif dengan meningkatkan pengambilan pekerja pada Jun 2025.
Peningkatan dalam tenaga kerja ini memastikan syarikat mengurangkan tugasan yang tertangguh selama 11 bulan berturut-turut.
Firma tersebut melaporkan sebahagian pengeluar percaya bahawa pelancaran produk baharu akan merangsang jualan dan produktiviti syarikat mereka.
Meskipun pengeluaran sektor pembuatan dijangka berkembang pada suku kedua, namun ketidakpastian global dan tekanan kos boleh menjejaskan pemulihan operasi.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!