Pasaran dalam keadaan berjaga-jaga pada pembukaan dagangan di awal minggu ini dengan tumpuan sedang terarah kepada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Presiden Donald Trump mencetuskan kebimbangan baharu dengan ancaman 50% tarif terhadap Eropah yang sepatutnya akan bermula pada 1 Jun.
Ketegangan walau bagaimanapun sedikit mereda apabila Trump membuat perbincangan bersama Suruhanjaya Eropah, Presiden Ursula von der Leyen yang meminta tempoh untuk mencapai perjanjian.
Trump menetapkan 9 Julai sebagai tarikh akhir untuk perjanjian dagang dengan Eropah.
Selain ancaman 50% tarif terhadap barangan import dari Kesatuan Eropah (EU) bermula 1 Jun, Trump juga turut mempertimbangkan 25% tarif terhadap kesemua produk iPhone Apple yang dhasilkan luar dari Amerika.
Sentimen pasaran yang dinilai agak berisiko ketika ini menjangkakan prestasi US dolar kekal merosot pada penutup Mei ini.
Pada minggu lalu, penyusutan US dolar yang dilanjutkan membuka ruang terhadap mata wang utama lain untuk mengukuh.
Antara ketara mencatatkan pengukuhan adalah Pound yang disokong oleh bacaan data jualan runcit UK yang kukuh diterbitkan pada Jumaat lalu.
Pound berjaya melonjak ke paras tertinggi terbaru 3 tahun berbanding US dolar melepasi paras harga $1.3500.
Euro meningkat perlahan, namun berjaya mengekalkan momentum pada pembukaan sesi di awal minggu ini.
Dolar Kanada turut mencuri tumpuan dengan pengukuhan lanjut ke paras tertinggi 7 bulan berbanding US dolar, hampir mencecah $1.3700 pada carta pasangan USD/CAD.
Dolar Australia berjaya pamerkan prestasi baik berbanding US dolar meskipun bank pusat telah menurunkan kadar faedah pada mesyuarat dasar monetari terbaru minggu lalu.
Sementara Yen beransur meningkat berbanding US dolar walaupun situasi goyah ekonomi Jepun yang dilaporkan ketika ini.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!