Dalam suasana pasaran yang tak menentu, US dolar menunjukkan pengukuhan pada dagangan sesi New York semalam.
Menjadi tumpuan, Presiden Donald Trump telah mengumumkan tarif baru akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.
Trump telah memaklumkan menghantar surat kepada beberapa negara dan mengatakan akan mengenakan tarif 25% kepada Jepun dan Korea Selatan.
Beliau juga turut menghantar surat makluman tarif kepada pemimpin Malaysia, Kazakhstan, Myanmar, Laos dan Afrika Selatan dengan kadar tarif baharu adalah berdekatan dengan paras yang diumumkan pada April.
Pelabur akan kekal berwaspada dengan jangkaan situasi yang kekal tidak menentu sambil memerhatikan perkembangan tarif yang kembali menjadi faktor mempengaruhi pasaran.
Pada hari ini (Selasa), tumpuan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia pada jam 12.30 tengahari waktu tempatan.
Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 masa asas kepada 3.60%, menandakan langkah pelonggaran dasar masih diteruskan.
Menjelang mesyuarat hari ini, dolar Australia telah pun menunjukkan penyusutan nilai di pembukaan awal minggu semalam.
Sementara Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pula dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat Rabu.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.