Perubahan semula pada sentimen pasaran semasa telah menukar arah pergerakan bagi mata wang US dolar.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kanada dalam tempoh 30 hari kembali meredakan pasaran yang berisiko sebelumnya.
US dolar yang mulanya mengukuh pada pembukaan sesi Asia semalam kembali bergerak lemah pada sesi-sesi berikutnya.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali menutup semula 100 pips ‘gap’ ketika dibuka lebih rendah pada sesi Asia semalam.
Setelah perlahan berlegar di atas zon 1.02000, harga kembali membuat kenaikan semula melepasi paras 1.03000 di sesi New York.
Harga berlegar di paras 1.03400 pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) sebelum sedikit berundur perlahan.
Pergerakan harga yang dilihat cuba untuk melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu diperhatikan untuk petunjuk arah harga selanjutnya.
Jika harga menyambung corak kenaikan semalam, zon 1.04000 dijangka akan menjadi dicapai semula setelah menjadi zon tumpuan pada dagangan minggu lepas.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya akan mensasarkan kepada zon rintangan 1.05000 yang telah diuji pada Januari.
Namun jika harga susut semula di bawah 1.03000, kecenderungan adalah untuk harga membuat penurunan menuju zon 1.02000 yang merupakan support pada dagangan Januari.
Tembus zon tersebut akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 3 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.