Syarikat Kyrgyzaltyn OJSC telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoU) dan perjanjian jual beli emas berbentuk jongkong dengan Public Gold Marketing Sdn Bhd.
Kyrgyzaltyn menandatangani perjanjian dengan firma Malaysia, Kumpulan Public Gold bagi menjual 300 kilogram (kg) jongkong emas Kyrgyz yang bernilai $36 juta pada 2025.
Menurut Agensi Berita Kebangsaan Kyrgyz (Kabar), MoU tersebut ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia dari 24 hingga 25 Jun lepas.
Selanjutnya, Kyrgyzaltyn turut akan mengkaji pengalaman penyelesaian syarikat Malaysia dalam strategi pemasaran jongkong emas, termasuk penggunaan mesin layan diri untuk jualan emas tanpa sentuhan.
Pemeteraian dokumen ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh perdagangan antara Republik Kyrgyzstan dan Malaysia serta mengukuhkan kedudukan Kyrgyzaltyn dalam pasaran ASEAN.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.