Syarikat Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JS Link Inc dari Seoul, Korea Selatan untuk membangunkan rantaian nilai magnet nadir bumi di Malaysia.
JS Link, sebelum ini dikenali sebagai DNA Link, mempunyai sebuah bahagian khas yang memfokuskan kepada pembuatan magnet kekal nadir bumi.
Menerusi MoU ini, Lynas dan JS Link akan bekerjasama membina sebuah fasiliti pengeluaran magnet sinter kekal NdFeB (Neodymium-Iron-Boron) berkapasiti 3,000 tan berhampiran loji Lynas di Kuantan.
Kedua-dua firma itu turut akan bekerjasama dalam pembekalan bahan nadir bumi ringan dan berat oleh Lynas kepada JS Link bagi menyokong pengeluaran magnet sinter kekal NdFeB.
Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze memaklumkan bahawa Lynas sangat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan JS Link dalam pembangunan pengeluaran magnet di Malaysia.
Beliau juga membahas pihak mereka menantikan kerjasama dengan JS Link untuk memanfaatkan teknologi dan kepakaran mereka bagi membangunkan industri magnet kekal yang menarik di Malaysia.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!