Kenaikan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas India berisiko menyebabkan pasaran saham India tertinggal jauh berbanding China yang kini menjadi fokus sebagai enjin pertumbuhan utama dunia seterusnya.
Pasaran ekuiti India kini ketinggalan sebanyak $6.3 trilion berbanding pasaran China dengan mencatatkan jurang terluas sejak Mac lalu.
Indeks MSCI India pula ketinggalan 10 mata peratusan pada suku ini dan merekodkan prestasi tahunan terburuk sejak 2017.
Selanjutnya, Trump turut mengumumkan tarif 50% ke atas eksport India ke AS dengan separuh daripadanya melibatkan penalti bagi pembelian minyak Rusia.
Beliau menyasarkan New Delhi untuk tarif tersebut, namun mengabaikan China yang membeli lebih banyak dari Moscow. Sementara itu, Beijing menunggu lanjutan gencatan senjata perdagangan dengan AS.
Goldman Sachs Group Inc juga menjangkakan saham India terus berprestasi rendah daripada pasaran baru muncul sambil menaikkan sasaran 12 bulan serta pendirian lebih wajaran ke atas saham China.
Pasaran China tahun ini mendapat momentum baharu susulan meredanya ketegangan perdagangan, dasar ‘anti involusi’ dan kejayaan cemerlang dalam kecerdasan buatan (AI) termasuk pencapaian DeepSeek.
Namun begitu, ekonomi jangka panjang India kekal menarik dengan Morgan Stanley meramalkan saham India akan mencapai paras tertinggi baharu berikutan pertumbuhan penduduk dan kemajuan infrastruktur.