Syarikat Gamuda Bhd telah mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam sektor pembinaan negara dengan jumlah kontrak bernilai RM34.6 bilion setakat akhir April 2025.
Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Adam Mohamed Rahim menyatakan Gamuda bakal mencapai kontrak belum dibil antara RM40 bilion ke 45 bilion menjelang akhir tahun ini, berdasarkan kadar semasa RM1 Bilion.
Adam memberitahu Gamuda turut terlibat dalam projek tenaga boleh diperbaharui di Australia yang berpotensi menjadi kontrak penuh hujung tahun ini, dan nilai kontrak dijangka meningkat sekiranya berjaya memperoleh tender tanah 157.4 hektar di Negeri Sembilan.
Antara projek yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk skim bekalan air Sabah bernilai RM3 bilion hingga RM4 bilion serta lima tender pusat data di Elmina dan Puncak Alam.
Menurut RHB Investment Bank Bhd, Gamuda dijangka meraih manfaat daripada peralihan semula kepada projek domestik, dengan hasil tempatan meningkat kepada 60% menjelang tahun kewangan 2027 berbanding 29% pada 2025.
Dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Julai 2025, syarikat itu berjaya merekodkan keuntungan sebanyak RM663 juta, meningkat 6.0% tahun ke tahun, disokong oleh sumbangan projek luar negara.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!